Followers

Saturday, August 13, 2011

Orang Jepun pelik tengok tudung.

Tau tak kedai kecil jual tudung yang sama level dengan KFC dekat KL Sentral? 

Hari tu nampak pelancong Jepun lepak-lepak kat situ. Mula-mula confused jugak, ni orang Jepun ke, Korea?? Tapi kerajinan aku tengok drama & anime Jepun telah bantu kebuntuan aku hari tu. Orang Jepun. Ada yang cakap "atsui", maksudnya "panas". Tak biasa kot cuaca dekat Malaysia panas. Lepas tu diaorang pokpek-pokpek cakap Jepun laju-laju saje nak buat aku tak faham.

Ada jugak yang tengok TV tepi escalator. Kebetulan TV3 tengah tayang rancangan budak-budak mengaji Quran. Muka diaorang nampak pelik je tengok TV.


  Separuh lagi dari rombongan tu syok tengok pekerja kedai tudung susun-susun tudung. Ada yang buat pergerakan tangan macam nak sarung tudung dekat kepala. Bertambah pelik muka mak cik pak cik Jepun ni bila tengok kepala patung kena sarung tudung.

Lepas tu aku saje la lalu depan diaorang tengok diaorang nak cakap apa bila tengok 'kepala orang' pulak pakai tudung. Aku dengar ada orang cakap 'kawaii'. Haha, compem aku tipu je. Hehe.

Satu aku perasan cara orang Jepun cakap comel kan. Even nenek-nenek & atok-atok pun cakap nak comel je. Memang dari kecil lagi diaorang memang dah ajar supaya berkelakuan comel. Kalau kat Malaysia cakap comel2 dah kena cop mengada dah, ye tak?

25 comments:

syrupmasin said...

ohh kim salam org jepun ye :P

Diana @ bilakukatacinta said...

salam ramadhan..i like ur statement dik...kawaiiii....try to look cute dah mcm jadi tradisi msyarakat jepun dan korea..tengoklah makcik2 kat sane...dah tua bangka (ooopppsss) masih pakai tepon ada kaler kartun..siap gantung2 menda2 yang comey2 lagi.. Terus D jadik gerammm..jeles tak boleh nak praktik kat mesia... Wat comey sikit..dah kena kutuk ngan adik2...derang kata "kak na...ko dah buang tabiat?"

asnizaziz said...

dlu penah terserempak dgn 1 fmly org jepon ni kat cold storage kuantan, kesian dorg nak cuba berkomunikasi dgn ktorg, ktorg x fhm jepun, die x fhm english..mmg da mcm itik dgn ayam la..

btw org jepun sgt cute ^^

Bigdaddyz said...

sudah menjadi tradisi mereka...cakap slow2

shafmechy said...

tempat diorang nk jumpa yg pakai tudung sangat la susah..maybe langsung x pernah jumpa kn..

cik sakdi said...

yela kalu kite control ayu habis comel, memang sedas la kene cop gedik haha

Senorita Nadira said...

haahah..mmg orang jepun jakunnn ponnn.. die tgok kite pleks kalo kai tudung.. budak2 boleh nangis taw kalo tengok kite usha diorang hahah

Umi Asura Sanusi said...

@syrupmasin: cam no pulak den nak kim salam..hahaha

@Diana @ bilakukatacinta: tulah kan nanti kena cop buang tebiat pulak.ok pe berkelakuan comel.nampak mude sikit. tapi kalau buat2 comel yang terlampau memang buang tebiat ar..haha

@asnizaziz : org jepun memang payah nak belajar cakap english. at last susahkan diri sendiri& org lain jugak.

@Bigdaddyz : tradisi malaysia macam mane pulak ek

@shafmechy : dieorang jenis tertutup sikit.hal dunia memang tak tahu.tu yang pelik sngat2 tengok tudung tu.

@cik sakdi : betul3x..senang2 je org cop cam tu kan.

@Senorita Nadira: ni mesti cakap ikut pengalaman sendiri kan. apa da budak2 jepon tu nangis pulak tengok org bertudung.

Abu Huzaifah said...

comel lah sgt.. hikhik... mereka jakun tgk org pakai tdung.. tp aku jakun tgk mereka tak cukup kain... hOhO

Umi Asura Sanusi said...

@Abu Huzaifah : comel pe..kan dah suruh pakai spek itam, x de la nampak sangat seksi meksi kalau dieorg pkai x cukup kain.

Wuming said...

Ha..ha..ha..Kelakar Umi... Boleh perhati orang jepun macam tengok TV pulak..

Nampak sangat minat nii..

Memang laa cuba tengok Ella..

Cute tak?

Umi Asura Sanusi said...

@ Wuming : boring duk kat kl sentral tu..tu yg dok perati org lalu lalang tu.kebetulan ada rmai orang jepun pulak kat situ.hehe..

pyejal said...

saya bukan orang jepun, tapi saya comel..:)haha

Gen2Merah said...

rasanya org jepun memang comel, tapi bahasa komunikasi dorang taklah comel.. kalau tengok filem2 drama tu macam kasar je dorg cakap.. ehehe..

kalau nak lagi sopan bercakap adalah orang Thailand... sawadikapp.. ehehehe

anyway, thanx ya kunjung blog cikgu.. followed u already

H.J said...

iye ke?lidah diorang keras je nak sebut patah2 perkataan..aaha

Umi Asura Sanusi said...

@pyejal : haha..sesape pon boleh comel kan...

@Gen2Merah : kalau cerita yakuza or budak sekolah jahat macam cerita gokusen memang kasar cara diaorang cakap.

@H.J : Iye...kalau lidah diaorang keras, habislah semua orang kena jumpa speech therapist untuk belajar cakap.

Luqeem™ said...

hehe..sy masih comel..

p/s: klu kita cakap comel mmg nk kna pnampo la tu..

syrupmasin said...

ohh ta bole kim salam eh..alaaaa.. :D

Umi Asura Sanusi said...

@ Luqeem™ : tampo laju2..haha

@syrupmasin : tak boleh. nak kena naik flight gi jepun pulak kalau nak krim salam..mahal tu..hehe

Syuxer said...

orang jepun ada nilai sopan santun yang tinggi..kalau islam berkembang kat sna,insyaAllah..dorang boleh terima islam dengan mudah..

Umi Asura Sanusi said...

@Syuxer : betul tu...sokong sangat. kebanyakan org jepun pun memang amal cara hidup elok.diaorang rajin, tak suka membazir, kerja keras, pembersih dll. memang sesuai dengan ajaran islam.

Ujie said...

penah nampak ada sorang prmpuan pakai tudung sarung/segera, tapi pakai skirt!... rupa2nya pelancong jepun satu group.
dia ingat mcm topi agaknya..^__^

Umi Asura Sanusi said...

@Ujie : Hahahaha.. kelakarlah cite Ujie. nampak sangat orang jepun tu tak tahu apa fungsi sebenar tudung tu.

Anyyss Shuhaimi said...

betul2..kalau tgk anime,tak kira usia,sumenya kawaii.. :)

Umi Asura Sanusi said...

@Anyyss Shuhaimi : betul3x... cho kawaii~