Followers

Wednesday, August 10, 2011

Macam mana nak elak kucing berak dalam rumah?

Jangan baca kalau tak puasa! Dan jangan baca kalau sekarang dah nak masuk waktu berbuka. Hmmm, nak tahu? Perkataan-perkataan nilah (tajuk) yang aku taip menjadi satu ayat pertanyaan dalam enjin carian google lepas sahur tadi. Ye ah, tension gilerr bila mata yang baru buka subuh-subuh nampak taik kucing depan tempat tengok TV. Bertambah tension bila hidung terbau bau dia yang teramat busuk gilerr tu. Tension kuasa tiga bila tengok kucing 2 ekor tengah sedap bersahur dekat dapur tanpa rasa bersalah. Arggghh, penat je mop lantai semalam! (T.T)


Antara dua ekor ni. Entah sapa yang buat 'onar' entah. Harap muka je comel, cesh! Keje yang dia tahu buat, makan, tidur, gosok-gosokkan badan dia dekat kaki orang, cakar-cakar sofa dan membuang. Cubalah tolong menyapu ke, lap tingkap ke, mop-mop lantai ke, kan bagus!

Selalunya kucing akan berak/kencing dekat 1 tempat berulang-ulang kali. Sekali dah buat, akan kekal selamanya. Kenapa? Sebab dia dah tinggalkan 'bau petanda' yang dekat situlah jamban mini dia.

Lepas mencari petua macam mana nak elak kucing berak dalam rumah/merata, maka ni lah yang berjaya dijumpai:

Toilet training- Kalau baru bawa kucing masuk rumah, terus kurung dia dalam bilik air/toilet sampai dia membuang bahan kumbahan dia dalam tu. Ni kira nak bagitahu dia 'inilah tempat kau berak!' Dah buat tapi tak berkesan. Sebelum ni dia memang 'membuang' dalam bilik air tapi sekarang dekat depan TV pulak. Haishhh.

Letak benda-benda wangi dekat tempat yang dia selalu buat 'onar'- Contohnya soflan, minyak wangi, serai wangi dll. Dah buat jugak tapi tak berkesan. Benda-benda wangi ni tak dapat nak hilangkan bau petanda tu, lagipun kucing punya  hidung kan tajam, so dia still boleh bau.

Letak cuka- Cuka boleh hilangkan 'bau petanda' yang tak hilang walau dibasuh dengan sabun cuci baju, sabun mandi, shampoo dll. Bila 'bau petanda' tu dah hilang dia takkan datang situ lagi kalau nak membuang. Yang ni belum cuba lagi. Hari ni mesti cuba yang ni!!! (tanda seru 3x tanda serius)


Kalau boleh rasa cam nak lempang je laju-laju kucing ni, tapi kalau dia buat muka angelic macam ni sanggupkah????
.....
Edited: Dah try dah letak cuka dekat tempat kucing selalu 'membuang'. Tapi percaya atau tak, kucing tu dah meninggalkan 'onar' lagi sekali malam tadi. Tension!!!!!
Nak try guna lidi macam yang Alep bagitau ni lah.

16 comments:

fairuz said...

nasib takde bela kucing. hoho

vampire's lovex said...

haaaaaaa,sbab tu la tak suka bela kucing..malas nak cuci tahi dia...

bela baby lagi best hihihi.. :P

Pure Mahabbah Fillah said...

assalam..

hiihihi ska kucing yer..

smp blh bg tips nie..ihihii

Iffah Afeefah said...

tak ske kucin huhu

Umi Asura Sanusi said...

@fairuz: adik2 sye yg bela kucing ni.sy tukang cuci sisa kumbahan plk..hehe

@vampire's lovex: bela baby still kena basuh beyak gak..haha

@Pure Mahabbah Fillah: suke gak ar..tp tips ni cri kat internet je.

@Iffah Afeefah : nape, kucing kan comel

H.J said...

nasib baik tak pelihara kucing..ahaha

alepridz said...

memang btul kucing selalu berak tempat sama jerk...

aku benggang giler ada kucing selalu berak kat pagar gate rumah aku... rasa nak hempukkk jer... tapi nasib baek aku ni jenis penyayang... (ayat poyo)

bagus tips ko ni... tapi ada lagi satu cara makcik aku buat... camni:

ambil penyapu lidi (ambil sehelai jer)... pastu ukur ekor dier.... then cucuk lidi tu kat tempat bepasir kat luar rumah...

makcik aku ni mmg giler kucing... dier selalu wat taktik ni... dier cakap berkesan.. (tapi aku tak sure la berkesan btul ke tak...)

aku menambahkan tips jer kat sini... ^^

JIJI YU said...

aku tak like kucing

Umi Asura Sanusi said...

@ H.J: naseb baek awak

@ alepridz: pernah jugak bace petua ni dekat blog orang. nntlah cube, skrg ni tengah try letak cuka dulu. kalau tak berkesan baru try guna lidi tu.. thanks sgt tambah tips dekat sini. bak kate org jepun...ARIGATO!

@ JIJI YU : tp, kucing kan comel... hehe

Abu Huzaifah said...

haha.. cara aku plak.. aku marah.. marah depan2 die.. suara kne kuat.. pastu sekeh skit kepala dia.. dia akan takut... aku pnah cube cara ni.. menjadi.. hikhik

Umi Asura Sanusi said...

@Abu Huzaifah : penat dah nak marah2..buat kurang pahala puasa je kalau marah2..kucing tu bukan paham bahasa melayu pon.haihhh... kucing pon boleh jadi problem.. ye tak?? hehe

Far8 budak baik said...

tu lahh kann..
baru je 2 3 hari lepas...
aku buang seekor kucing..
sebab time kesi tak berak merata..
time besa kencing merata lak..
grrrrrrrr..sedih kot huh

Anyyss Shuhaimi said...

masa kucing tuh kecik lagi,my family dah ajar dia membuang kat pasir yg disediakan. sampai la ni,tak penah kencing o berak kat dlm rumah..

Umi Asura Sanusi said...

@Far8 budak baik : hmm, terase jugak macam nak buang kucing tu..tapi rase kesian la pulak.

@Anyyss Shuhaimi : Kucing saye kurang ajaran kot..huhu

cik sakdi said...

alah, kucing kite pon berak mcm tu, tapi xsatu tempat.dia suke berak tempat yg tersorok. mcm belakang tv. haha tp xwat ape2 pon. sabar jela. hehe

bmnsolution said...

Senang je dik
Guna Cat Repeller. Ni produk dari Jepun.
Mudah, Murah, berkesan
Paling bagus tak aniaya kucing.

Kalau minat boleh hubungi abang

bmnsolution@gmail.com

atau tengok produk di

http://duniakucingmanja.blogspot.com/